Sunday, March 14, 2010
Matlamat Hidup
Matlamat boleh didefinasikan sebagai satu hala tuju atau jalan yang boleh kita pilih untuk mencapai sesuatu dalam hidup. Orang yang tidak mempunyai matlamat dalam hidupnya boleh kita klasifikasikannya sebagai orang yang tidak berguna dan sering membawa masalah kerana kehidupannya yang tidak teratur dalam segala aspek. Melalui matlamat dalam diri masing masing, kita lebih mengawasi akan segala tindak tanduk dan perilaku yang direncanakan dalam hidup kita ini. Sesungguhnya orang yang mempunyai matlamat juga boleh dikatakan mempunyai wawasan dan cara hidup yang lebih tersusun.
Pada pendapat saya, istilah matlamat ini boleh kita guna pakai dalam kehidupan seharian kita bagi menjana kehidupan yang lebih tersusun dan efektif.Ia memberi impak secara tidak langsung yang amat mendalam. Melalui matlamat yang ingin menjadikan kehidupan seseorang itu lebih baik dari sebelumnya, kesungguhan dan semangat tidak mudah mengalah yang menebal dapat diterapkan. Insan yang mempunyai matlamat yang tinggi mudah untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk mencapai sesuatu matlamat itu dengan cara yang telah pun dirancang.
Dalam kehidupan seharian ini, kita perlu lebih merancang dan memikirkan bagaimana untuk mencapai sesuatu matlamat.Contohnya, matlamat saya yang dalam masa lima tahun mahu mengukuhkan kewangan serta mampu membeli sebuah kereta sendiri. Jadi apakah yang harus saya lakukan sekarang untuk memastikan matlamat saya dapat direalisasikan pada lima tahun akan datang???
Saya telah menetapkan lima prinsip dalam diri saya yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kita bagi mencapai sesuatu matlamat:-
1. Berusaha bersungguh sungguh selagi kita terdaya dalam mencari ilmu disekeliling kita
2. Sentiasa mencari sesuatu yang baru dan bukanlah hanya menoleh kebelakang kisah lama.
3. Sentiasa berfikiran positif dalam setiap perbuatan dan menerima setiap pendapat yang diujarkan kepada kita.
4. Tidak bergantung harap hanya pada insan lain untuk mencapai matlamat.”Do it by yourself.”
5. Jangan mudah terpengaruh pada persekitaran yang banyak mendorong kita kepada kelalaian.
Sesungguhnya, jika lima perinsip ini diguna pakai dalam kehidupan seharian natijahnya semangat yang ada dalam diri kita pasti akan dapat dibentuk secara perlahan lahan lalu menjadi rutin bagi anda.
Ingatlah, orang yang mempunyai matlamat dan berwawasan jauh amatlah diperlukan oleh mana mana pihak kerana melalui kewujudan mereka maka lahirlah seorang insan yang boleh kita kategorikan sebagai cemerlang,gemilang dan terbilang.sekian, terima kasih
Monday, March 8, 2010
Thursday, March 4, 2010
Tips yakin diri..
Kebelakangan ini, saya dapat merasakan sedikit perubahan dalam hidup saya,Pembelajaran saya menjadi lebih terurus, setiap apa yang saya lakukan dapat diselesaikan. Walaupun adakalanya ia mengambil masa kerana apa yang dilakukan adalah di luar kepakaran saya. Syukur Alhamdulillah.
Sebelum ini, masalah yang paling besar yang melanda di dalam kehidupan saya adalah kurang yakin pada diri sendiri.Itulah kelemahan yang paling nyata, dan sedikit demi sedikit saya cuba untuk mengatasi, Alhamdulillah berkat dengan usaha, saya dapat mengubah diri saya kepada lebih berkeyakinan dan saya sudah dapat merasakan hasilnya.
Apa yang pasti semua masalah pasti ada jalan penyelesaiannya yang penting kita tidak takut untuk terus mencari belajar dan belajar, dan yang paling penting mengamalkan apa yang dipelajari. Ingat..Teori dan praktikal adalah sesuatu yang berbeza, walaupun ianya saling berkaitan, tetapi ianya akan menghasilkan keputusan yang berbeza.
Saya akan berkongsi dengan anda apa yang telah saya lakukan sehingga dapat merubah tahap keyakinan yang terdapat di dalam diri saya.
- Sentiasa mencari ilmu dan mengamalkannya.
- Selalu berfikiran positif tentang diri sendiri.
- Tidak takut mengambil risiko dan bertanggungjawab keatas risiko yang diambil
- Cipta kejayaan kecil dahulu sebelum anda mencapai kejayaan yang lebih besar. Perancangan adalah penting.
- Sentiasa ingat dalam otak kita, kejayaan adalah pengembaraan bukan destinasi.
Hanya itu yang dapat saya kongsikan disini, insyaALLAH saya akan kongsikan lagi tip yang saya gunakan pada hari yang lain. Tiba-tiba pula otak rasa blank , idea tak datang..
Malu bertutur, tidak yakin diri punca kegagalan pelajar
Menelusuri undang-undang Islam pandangan ini jelas tidak mengambil kira perspektif Islam dan meletakkan hak asasi manusia di atas agama itu sendiri.
Sekiranya yang dimaksudkan itu hanya merujuk kepada kesalahan akhlak dan ibadat sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam, maka ia amatlah mendukacitakan kerana memprejudis hikmah agama Islam itu sendiri serta agama lain. Tiada agama yang berkompromi mengenai isu moral seperti ini. Sebagai contohnya sami Buddha di Thailand pernah berdemonstrasi membantah penjualan arak secara berleluasa dalam masyarakat mereka sehingga menyebabkan keruntuhan moral di kalangan generasi muda. Undang-undang sebenarnya adalah bersandarkan kepada moral dan moral adalah bersandarkan kepada agama.
Walaupun salah satu Rukun Negara adalah Kesopanan dan kesusilaan, namun permasalahan moral ini sering kali diketepikan. Keruntuhan akhlak inilah yang kita hadapi kini. Sepatutnya di dalam membuat sesuatu keputusan kita merujuk kembali kepada Islam.