Friday, January 21, 2011

I arise from the ashes of doubt, of depression and of self pity. I arise a new being - strong, confident, beautiful and without limits!

Monday, November 15, 2010

Pandai bukan segala galanya

  • Dalam permasalahan ini saya melihat bahawa kejayaan itu datang melalui hasil usaha yang gigih serta keinginan yang tinggi untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.Melalui pengalaman hidup yang dilalui,boleh dikatakan saya telah menghadapi situasi dimana tiada keinginan untuk belajar dan berusaha tetapi hanya bergantung harap pada kepandaian semata mata....
  • Hal ini menyebabkan saya jatuh dalam sekelip mata ke peringkat yang sangat sangat hina.Walau pun begitu saya telah belajar dari ikhtibar ini dan memulakan hidup yang baru.Segala halangan yang boleh meyebabkan saya kembali seperti dulu akan saya tepis sejauh jauh nya supaya tidak berjangkit dan merebak dalam sanubari saya....
  • Insyaallah dengan usaha yang kuat dan keikhlasan dalam mencari ilmu,saya akan berjaya dengan jalan saya pilih sekarang ini...Amin..;)

Saturday, November 13, 2010

Peristiwa besar 2012

Assalamuaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh...

Di sini saya ingin coretkan sesuatu yang saya rasa mungkin kita berkesempatan melalaluinya, insyaAllah seandainya diizinkan Allah SWT. Setelah membaca beberapa artikel yg berkaitan dan dgn kejadiaan gunung berapi merapi saya rasa saya perlu berkongsi dgn sahabat sekalian. Maaf seandainya kalian sudah atau pernah membaca atau juga telah mengetahui mengenainya..Ianya adalah sebagai peringatan buat kita umat di akhir zaman..

Berdasarkan hadis dan kajian ulamak tahun 2012 berkemungkinan besar berlaku bencana alam yang megakibatkan banyak penduduk dunia kehilangan nyawa dan harta benda.Wabak penyakit banyak menular. Generasi manusia akan susut. Beliau menambah lagi kenyataan bahawa peristiwa 2012 itu adalah jangkaan tetapi tidak mustahil berlaku lebih awal. Nasihatnya supaya hidupkan zikir dalam diri masing-masing bermula sekarang. Sama ada percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.

Hadis

1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi berkenaani huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan di bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, mengenai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar di langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika beritahupada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi )Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dankenyataan pasal huru hara 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...".

Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"

Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan munculsuara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, paragadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu telahmelaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jikakalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah:"Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukanhal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Kajian NASA

Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(olehNASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planetjupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberikesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 planet ini telah jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan. AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara dibanjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahunkerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paperbulan februari, kosmo, BH n lain2)

Kata2 RASULULLAH satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlakudi mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zamanpurba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umatislam...ALLAHHUAKBAR

Semoga perkongsian ni meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Nya dan kita seboleh mungkin memperbanyaakkan zikir dan ibadah sebagai bekalan...

Wallahu'alam...



Sunday, March 14, 2010

My life is full of hatred...

Matlamat Hidup

Matlamat boleh didefinasikan sebagai satu hala tuju atau jalan yang boleh kita pilih untuk mencapai sesuatu dalam hidup. Orang yang tidak mempunyai matlamat dalam hidupnya boleh kita klasifikasikannya sebagai orang yang tidak berguna dan sering membawa masalah kerana kehidupannya yang tidak teratur dalam segala aspek. Melalui matlamat dalam diri masing masing, kita lebih mengawasi akan segala tindak tanduk dan perilaku yang direncanakan dalam hidup kita ini. Sesungguhnya orang yang mempunyai matlamat juga boleh dikatakan mempunyai wawasan dan cara hidup yang lebih tersusun.

Pada pendapat saya, istilah matlamat ini boleh kita guna pakai dalam kehidupan seharian kita bagi menjana kehidupan yang lebih tersusun dan efektif.Ia memberi impak secara tidak langsung yang amat mendalam. Melalui matlamat yang ingin menjadikan kehidupan seseorang itu lebih baik dari sebelumnya, kesungguhan dan semangat tidak mudah mengalah yang menebal dapat diterapkan. Insan yang mempunyai matlamat yang tinggi mudah untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk mencapai sesuatu matlamat itu dengan cara yang telah pun dirancang.

Dalam kehidupan seharian ini, kita perlu lebih merancang dan memikirkan bagaimana untuk mencapai sesuatu matlamat.Contohnya, matlamat saya yang dalam masa lima tahun mahu mengukuhkan kewangan serta mampu membeli sebuah kereta sendiri. Jadi apakah yang harus saya lakukan sekarang untuk memastikan matlamat saya dapat direalisasikan pada lima tahun akan datang???

Saya telah menetapkan lima prinsip dalam diri saya yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kita bagi mencapai sesuatu matlamat:-

1. Berusaha bersungguh sungguh selagi kita terdaya dalam mencari ilmu disekeliling kita

2. Sentiasa mencari sesuatu yang baru dan bukanlah hanya menoleh kebelakang kisah lama.

3. Sentiasa berfikiran positif dalam setiap perbuatan dan menerima setiap pendapat yang diujarkan kepada kita.

4. Tidak bergantung harap hanya pada insan lain untuk mencapai matlamat.”Do it by yourself.”

5. Jangan mudah terpengaruh pada persekitaran yang banyak mendorong kita kepada kelalaian.

Sesungguhnya, jika lima perinsip ini diguna pakai dalam kehidupan seharian natijahnya semangat yang ada dalam diri kita pasti akan dapat dibentuk secara perlahan lahan lalu menjadi rutin bagi anda.

Ingatlah, orang yang mempunyai matlamat dan berwawasan jauh amatlah diperlukan oleh mana mana pihak kerana melalui kewujudan mereka maka lahirlah seorang insan yang boleh kita kategorikan sebagai cemerlang,gemilang dan terbilang.sekian, terima kasih


Monday, March 8, 2010

Thursday, March 4, 2010

Tips yakin diri..

Kebelakangan ini, saya dapat merasakan sedikit perubahan dalam hidup saya,Pembelajaran saya menjadi lebih terurus, setiap apa yang saya lakukan dapat diselesaikan. Walaupun adakalanya ia mengambil masa kerana apa yang dilakukan adalah di luar kepakaran saya. Syukur Alhamdulillah.

Sebelum ini, masalah yang paling besar yang melanda di dalam kehidupan saya adalah kurang yakin pada diri sendiri.Itulah kelemahan yang paling nyata, dan sedikit demi sedikit saya cuba untuk mengatasi, Alhamdulillah berkat dengan usaha, saya dapat mengubah diri saya kepada lebih berkeyakinan dan saya sudah dapat merasakan hasilnya.

Apa yang pasti semua masalah pasti ada jalan penyelesaiannya yang penting kita tidak takut untuk terus mencari belajar dan belajar, dan yang paling penting mengamalkan apa yang dipelajari. Ingat..Teori dan praktikal adalah sesuatu yang berbeza, walaupun ianya saling berkaitan, tetapi ianya akan menghasilkan keputusan yang berbeza.

Saya akan berkongsi dengan anda apa yang telah saya lakukan sehingga dapat merubah tahap keyakinan yang terdapat di dalam diri saya.

  • Sentiasa mencari ilmu dan mengamalkannya.
  • Selalu berfikiran positif tentang diri sendiri.
  • Tidak takut mengambil risiko dan bertanggungjawab keatas risiko yang diambil
  • Cipta kejayaan kecil dahulu sebelum anda mencapai kejayaan yang lebih besar. Perancangan adalah penting.
  • Sentiasa ingat dalam otak kita, kejayaan adalah pengembaraan bukan destinasi.

Hanya itu yang dapat saya kongsikan disini, insyaALLAH saya akan kongsikan lagi tip yang saya gunakan pada hari yang lain. Tiba-tiba pula otak rasa blank :-) , idea tak datang..