Sunday, March 14, 2010

Matlamat Hidup

Matlamat boleh didefinasikan sebagai satu hala tuju atau jalan yang boleh kita pilih untuk mencapai sesuatu dalam hidup. Orang yang tidak mempunyai matlamat dalam hidupnya boleh kita klasifikasikannya sebagai orang yang tidak berguna dan sering membawa masalah kerana kehidupannya yang tidak teratur dalam segala aspek. Melalui matlamat dalam diri masing masing, kita lebih mengawasi akan segala tindak tanduk dan perilaku yang direncanakan dalam hidup kita ini. Sesungguhnya orang yang mempunyai matlamat juga boleh dikatakan mempunyai wawasan dan cara hidup yang lebih tersusun.

Pada pendapat saya, istilah matlamat ini boleh kita guna pakai dalam kehidupan seharian kita bagi menjana kehidupan yang lebih tersusun dan efektif.Ia memberi impak secara tidak langsung yang amat mendalam. Melalui matlamat yang ingin menjadikan kehidupan seseorang itu lebih baik dari sebelumnya, kesungguhan dan semangat tidak mudah mengalah yang menebal dapat diterapkan. Insan yang mempunyai matlamat yang tinggi mudah untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk mencapai sesuatu matlamat itu dengan cara yang telah pun dirancang.

Dalam kehidupan seharian ini, kita perlu lebih merancang dan memikirkan bagaimana untuk mencapai sesuatu matlamat.Contohnya, matlamat saya yang dalam masa lima tahun mahu mengukuhkan kewangan serta mampu membeli sebuah kereta sendiri. Jadi apakah yang harus saya lakukan sekarang untuk memastikan matlamat saya dapat direalisasikan pada lima tahun akan datang???

Saya telah menetapkan lima prinsip dalam diri saya yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kita bagi mencapai sesuatu matlamat:-

1. Berusaha bersungguh sungguh selagi kita terdaya dalam mencari ilmu disekeliling kita

2. Sentiasa mencari sesuatu yang baru dan bukanlah hanya menoleh kebelakang kisah lama.

3. Sentiasa berfikiran positif dalam setiap perbuatan dan menerima setiap pendapat yang diujarkan kepada kita.

4. Tidak bergantung harap hanya pada insan lain untuk mencapai matlamat.”Do it by yourself.”

5. Jangan mudah terpengaruh pada persekitaran yang banyak mendorong kita kepada kelalaian.

Sesungguhnya, jika lima perinsip ini diguna pakai dalam kehidupan seharian natijahnya semangat yang ada dalam diri kita pasti akan dapat dibentuk secara perlahan lahan lalu menjadi rutin bagi anda.

Ingatlah, orang yang mempunyai matlamat dan berwawasan jauh amatlah diperlukan oleh mana mana pihak kerana melalui kewujudan mereka maka lahirlah seorang insan yang boleh kita kategorikan sebagai cemerlang,gemilang dan terbilang.sekian, terima kasih


No comments:

Post a Comment