Thursday, March 4, 2010

Tips yakin diri..

Kebelakangan ini, saya dapat merasakan sedikit perubahan dalam hidup saya,Pembelajaran saya menjadi lebih terurus, setiap apa yang saya lakukan dapat diselesaikan. Walaupun adakalanya ia mengambil masa kerana apa yang dilakukan adalah di luar kepakaran saya. Syukur Alhamdulillah.

Sebelum ini, masalah yang paling besar yang melanda di dalam kehidupan saya adalah kurang yakin pada diri sendiri.Itulah kelemahan yang paling nyata, dan sedikit demi sedikit saya cuba untuk mengatasi, Alhamdulillah berkat dengan usaha, saya dapat mengubah diri saya kepada lebih berkeyakinan dan saya sudah dapat merasakan hasilnya.

Apa yang pasti semua masalah pasti ada jalan penyelesaiannya yang penting kita tidak takut untuk terus mencari belajar dan belajar, dan yang paling penting mengamalkan apa yang dipelajari. Ingat..Teori dan praktikal adalah sesuatu yang berbeza, walaupun ianya saling berkaitan, tetapi ianya akan menghasilkan keputusan yang berbeza.

Saya akan berkongsi dengan anda apa yang telah saya lakukan sehingga dapat merubah tahap keyakinan yang terdapat di dalam diri saya.

  • Sentiasa mencari ilmu dan mengamalkannya.
  • Selalu berfikiran positif tentang diri sendiri.
  • Tidak takut mengambil risiko dan bertanggungjawab keatas risiko yang diambil
  • Cipta kejayaan kecil dahulu sebelum anda mencapai kejayaan yang lebih besar. Perancangan adalah penting.
  • Sentiasa ingat dalam otak kita, kejayaan adalah pengembaraan bukan destinasi.

Hanya itu yang dapat saya kongsikan disini, insyaALLAH saya akan kongsikan lagi tip yang saya gunakan pada hari yang lain. Tiba-tiba pula otak rasa blank :-) , idea tak datang..

No comments:

Post a Comment